Sunday, November 13, 2011

WTKL

Sudah agak lama aku tidak menulis di blog. Seingat aku, hampir 10 bulan, mungkin. Tiba-tiba terdetik di hati hendak membuat blog baru. Maka terhasillah blog ini. Kalau ada masa lagi, aku akan terus menulis. Sekarang aku dan 'buddy' aku, Mior sedang menginap di Wisma Transit Kuala Lumpur. Kami sedang menjalan tugas sebagai pegawai kawalan tombak. 

Hari ini ada Gabenor Jeneral Kanada datang melawat Malaysia dan Tuanku Mizan menyambut ketibaannya di Parlimen. Jadi sebab itulah khidmat kami diperlukan. Seawal jam 5 pagi aku telah bangun dan bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 5.45 pagi. Tiba di Parlimen pada jam 8 pagi. Makan-makan, minum-minum dahulu. Tugas bermula pada jam 9.45. Tetapi pagi tadi aku hanya sebagai pegawai simpanan. Malam ini di Istana Melawati Putrajaya, baru aku masuk kawalan tombak, Mior pulak jadi simpanan.